span.fullpost {display:inline;}

Wednesday, July 1, 2009

Tip Memancing Ikan Kerapu

. Wednesday, July 1, 2009

Tips Memancing Ikan Kerapu
Oleh: yiemega

Ikan Kerapu merupakan ikan yang bernilai tinggi. Ia menjadi kegilaan ramai kaki pancing kerana katanya jika berjaya mendaratkan ikan ini bersamaan dengan satu kejayaan yang amat besar bagi seseorang insan yang bergelar kaki pancing. Bersesuaian dengan harganya yang cukup tinggi ikan ini sememangnya susah untuk di dapati.

Sebelum saya memberikan tips untuk memancing ikan ini adalah lebih baik para kaki pancing mengenali dulu ikan ini. Ikan ini biasanya mudah di dapati di kawasan laut yang berstruktur. Ikan ini sangat bijak kerana biasanya ia akan mendiami 'lubuk' yang jarang disinggahi nelayan ataupun kaki pancing.

Sekiranya kaki pancing berjaya mendaratkan ikan ini bermakna 'lubuk kerapu' tersebut masih dara kerana sudah lama tidak dikunjungi oleh nelayan atau kaki pancing ataupun lubuk tersebut masih baru dan belum dijumpai oleh siapa-siapapun. Pantai Datuk (Belakang Bukit Keluang) sebelum ini dikatakan ada 'lubuk kerapu'.

Ikan ini juga gemar berada di kawasan batu karang di kawasa batu-batuan dan juga kawasan kapal karam. Ikan ini merupakan 'ikan pemangsa' yang pemalas yang juga berat perut. Ikan ini biasanya gemar menyambar mangsanya dan cepat-cepat di bawa masuk ke dalam lubang atau struktur yang menjadi kediaman ikan tersebut.

Ikan Kerapu biasanya aktif memburu mangsanya pada waktu malam. Walaubagaimanapun ada juga ikan kerapu yang keluar pada waktu siang hari khusunya pada awal pagi dan lewat petang. Waktu ini dikatakan sesuai untuk menjeratnya.

Kaki Pancing tidak perlu bimbang ikan ini tidak begitu cerewet berhubung dengan makananya. Dia akan menyambar apa sahaja umpan yang digemarinya. Ikan ini telah dicipta dengan sifat menyerang mangsanya dengan rakus, kasar dan mengejut. Ia mempunyai tenaga luar biasa untuk menyerang dan membunuh dengan begitu cepat. Walaubagaimanapun, kemampuanya menentang joran tidak lah begitu lama sebelum ikan ini akan lemah terkulai dan tewas.

Kaki Pancing yang ingin menewaskan dan 'mendaratkan' kerapu perlulah menggunakan peralatan yang sesuai. Peralatan mestilah terdiri daripada jenis yang kuat dan kasar. Kejayaan kaki pancing menewaskan kerapu daripada meluru masuk ke dalam kawasan berstruktur pada awal 'perperangan' adalah menjadi titik penentuan kejayaan muktamad bagi kaki pancing.

Joran dan Kekili Kaki Pancing hendaklah berkekuatan berat dan dijamin dapat bertahan dari asakan awal yang kasar oleh sang kerapu tersebut. Selain itu, Kaki Pancing juga mesti memastikan tali utama, mata kail dan perambut juga perlu terdiri dari jenis yang tahan kuat dan kasar.

Umpan:
Pemilihan umpan juga perlu dititik beratkan oleh Kaki Pancing bagi mendaratkan Ikan Kerapu. Biasanya ikan ini lebih gemar dengan umpan yang bersaiz besar. Ikan Tongkol juga merupakan salah satu umpan yang sesuai untuk mendaratkan kerapu. Selain itu, kurita juga boleh dijadikan umpan untuk mendaratkan kerapu. Lagi besar umpan lagi baik untuk Kaki Pancing mendaratkan Kerapu.

Cara Menghadapi Cabaran Kerapu:

Cara menghadapi cabaran Kerapu adalah satu syarat terpenting bagi mengelakkanya masuk ke sarang dan membuatkan Kaki Pancing mengigit jarit. Teknik yang paling asas ialah Kaki Pancing jangan memberi sebarang peluang kepada sang Kerapu untuk menarik keluar tali dan kekili dan memaling kepalanya ke bawah. Sebaiknya Kaki Pancing perlu mengekangnya sepantas dan sekuat yang mungkin dan memaksanya supaya bertahan dengan agak lama sambil mencuba untuk menariknya ke permukaan air. Cara ini mungkin memenatkan tetapi ia berbaloi kerana Kerapu hanya melawan sekejap sahaja akhirnya ia akan tertewas jua jika Kaki Pancing bersabar dan tidak patah semangat.

Ikan Kerapu
Ikan Kerapu


3 comments:

Unknown said...

biar btl der....bsr tuuuuuuuuuu...
x pernh sy dpt kecil...apath lg yg bsr..huhuhu

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian teknik memancing ikan kerapu

Unknown said...

Trip mancing kelantan,murah, selesa, puas hati 013-9955102

Post a Comment