span.fullpost {display:inline;}

Friday, July 3, 2009

..::::Memancing Di Jambatan Tok Bali

. Friday, July 3, 2009

JAMBATAN TOK BALI BUKAN SAHAJA MENJADI KEGILAAN KAKI PANCING TEMPATAN

TOK Bali (sebut betul-betul bukan Bali tetapi Tok Bali tapi sini ada Bali Resort) letaknya di Pasir Puteh, Kelantan. Lazimnya kaki pancing 'tahap ketagih' hari-hari akan mencuba nasib di sini, bukan sahaja dari kawasan berdekatan malah dari kawasan berjauhan juga Kaki Pancing sanggup datang ke sini.

Jambatan Tok Bali semakin meriah apabila tibanya cuti hari minggu (Hari Jumaat bukan Ahad tau). Jika kebetulan anda lalu di jambatan ini pada awal pagi pasti anda akan melihat "Kelibat" Kaki Pancing yang begitu ramai di Jambatan Ini. Telatah Kaki Pancing di sini beraneka ragam, kebetulan hari jumaat yang lalu saya melalui jambatan ini dan dapatlah melihat ada kaki pancing yang sanggup tidur di laluan pejalan kaki jambatan tersebut sambil menunggu joranya mengena mangsa.

Mungkin anda tidak tahu mengenai Jambatan Tok Bali ini sebenarnya ia adalah tempat larangan memancing, tetapi mungkin kerana 'ramai' Kaki Pancing yang mendapat 'habuan besar' di sini menyebabkan mereka tidak mempedulikan Papan Tanda yang bermaksud "Dilarang Memancing". Mungkin bagi mereka kepuasan sebagai seorang Kaki Pancing adalah lebih dari segala-galanya sehinggakan mereka sanggup 'menggadai nyawa' dengan memancing dari atas jambatan unik ini.

Untuk rekod sudah banyak kemalangan yang dicatatkan berlaku di sini, tetapi syukur Alhamdulillah kesemuanya tidak melibatkan Kaki Pancing yang setia dengan 'hobinya' iaitu memancing yang menuntut 'penganut' hobi ini banyak bersabar.

Ramai juga Kaki Pancing yang berjaya 'mendaratkan' 'habuan mewah' di jambatan Ini, tidak mustahillah apabila hari minggu dan juga cuti panjang sekolah, ramailah Kaki Pancing berpusu-pusu mengunjungi 'jambatan rezeki' ini.

Melihat telatah para Kaki Pancing di Jambatan Tok Bali ini, membuatkan saya pun turut rasa berminat untuk memancing di sini, namun kerana tak ada 'teman' sanggup berumah di tepi jambatan ini saya terpaksa melupakan kehendak naluri saya itu. Saya hanya memilih untuk memancing di Pantai Datuk, kerana di sini ramai 'teman' saya yang akrab dan boleh membantu sekiranya saya mengalami masalah.

Habuan Kaki Pancing Jambatan Tok Bali


Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment