Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

Ikan Cencaru (Ikan Jaket Besi)

. Sunday, November 15, 2009
0 comments


Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Populasi Ikan Cencaru berganda dalam tempoh antara 1.4 hingga 4.4 tahun.

Fakta Mengenai Ikan Cencaru:
Pengelasan Saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Invertebrat
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga:
Carangidae
Genus: Megalaspis
Spesies:
M. cordyla
Nama Binomial: Megalaspis cordyla




Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Saturday, July 4, 2009

Pulau Rhu Destinasi Kaki Pancing....

. Saturday, July 4, 2009
0 comments

Pulau Rhu Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Rhu Hentian menjadi pilihan Kaki Pancing yang gemar memancing di pinggiran pulau. Lokasinya terletak di perairan Besut, Terengganu dan pulau yang terdekat dengan daratan dan turut menjadi persinggahan nelayan untuk menghilangkan penat.

Menariknya pulau ini mampu dilihat dengan jelas dari Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu yang kelihatan seperti seekor ikan paus.

Nama Pulau Rhu agak terasing dari segi kedatangan pelancong tidak tahulah kenapa, ini bermakna pulau ini amat sesuai untuk kaki pancing yang gemar memancing di Pulau-Pulau kerana jelasnya ikan-ikan di sini jarang diganggu oleh kehadiran pelancong tidak seperti di Pulau Perhentian.

Persekitaran Pulau ini agak menarik dan memberi kepuasan yang sewajarnya kepada Kaki Pancing untuk memancing sambil menikmati keindahan alam. Khabarnya 'lubuk ikan' memang banyak di sini jadi jika Kaki Pancing ingin mencuba nasib mereka bolehlah mencuba nasib di Pulau Rhu Hentian ini.

Lokasi Pulau ini yang agak terpencil menjadikan ia bebas dari sebarang kebisingan kota. Namun, pulau ini tidak terlepas daripada cerita-cerita misteri yang di dakwa berlaku di Pulau Ini, selain itu cerita mistik pulau ini turut menjadi buah mulut orang di sini. Namun, ia langsung tidak menakutkan Kaki Pancing yang gemar mencari rezeki mereka di Pulau ini.

Malah pulau ini turut menjadi tempat persinggahan bagi nelayan-nelayan laut bagi menghilangkan penat mereka menongkah arus gelora lautan di situ selain daripada menjamu selera dengan berbekalkan makanan mereka sendiri. Pulau ini juga pernah dijadikan tempat latihan Program Biro Tata Negara (BTN) Tahap Lanjutan oleh Biro Tata Negara.

Pulau Rhu

Pulau Rhu Hentian

Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Friday, July 3, 2009

..::::Memancing Di Jambatan Tok Bali

. Friday, July 3, 2009
0 comments

JAMBATAN TOK BALI BUKAN SAHAJA MENJADI KEGILAAN KAKI PANCING TEMPATAN

TOK Bali (sebut betul-betul bukan Bali tetapi Tok Bali tapi sini ada Bali Resort) letaknya di Pasir Puteh, Kelantan. Lazimnya kaki pancing 'tahap ketagih' hari-hari akan mencuba nasib di sini, bukan sahaja dari kawasan berdekatan malah dari kawasan berjauhan juga Kaki Pancing sanggup datang ke sini.

Jambatan Tok Bali semakin meriah apabila tibanya cuti hari minggu (Hari Jumaat bukan Ahad tau). Jika kebetulan anda lalu di jambatan ini pada awal pagi pasti anda akan melihat "Kelibat" Kaki Pancing yang begitu ramai di Jambatan Ini. Telatah Kaki Pancing di sini beraneka ragam, kebetulan hari jumaat yang lalu saya melalui jambatan ini dan dapatlah melihat ada kaki pancing yang sanggup tidur di laluan pejalan kaki jambatan tersebut sambil menunggu joranya mengena mangsa.

Mungkin anda tidak tahu mengenai Jambatan Tok Bali ini sebenarnya ia adalah tempat larangan memancing, tetapi mungkin kerana 'ramai' Kaki Pancing yang mendapat 'habuan besar' di sini menyebabkan mereka tidak mempedulikan Papan Tanda yang bermaksud "Dilarang Memancing". Mungkin bagi mereka kepuasan sebagai seorang Kaki Pancing adalah lebih dari segala-galanya sehinggakan mereka sanggup 'menggadai nyawa' dengan memancing dari atas jambatan unik ini.

Untuk rekod sudah banyak kemalangan yang dicatatkan berlaku di sini, tetapi syukur Alhamdulillah kesemuanya tidak melibatkan Kaki Pancing yang setia dengan 'hobinya' iaitu memancing yang menuntut 'penganut' hobi ini banyak bersabar.

Ramai juga Kaki Pancing yang berjaya 'mendaratkan' 'habuan mewah' di jambatan Ini, tidak mustahillah apabila hari minggu dan juga cuti panjang sekolah, ramailah Kaki Pancing berpusu-pusu mengunjungi 'jambatan rezeki' ini.

Melihat telatah para Kaki Pancing di Jambatan Tok Bali ini, membuatkan saya pun turut rasa berminat untuk memancing di sini, namun kerana tak ada 'teman' sanggup berumah di tepi jambatan ini saya terpaksa melupakan kehendak naluri saya itu. Saya hanya memilih untuk memancing di Pantai Datuk, kerana di sini ramai 'teman' saya yang akrab dan boleh membantu sekiranya saya mengalami masalah.

Habuan Kaki Pancing Jambatan Tok Bali


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !

. Wednesday, July 1, 2009
0 comments


Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !

Sahabat saya masa menuntut di UNITAR Kota Bharu yang juga merupakan seorang blogger telah membuat kenyataan yang beliau mempunyai hobi baru yakni memancing di dalam blog beliau.


Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing saya ucapkan kepada beliau dan saya berharap memancing terus menjadi hobi beliau jangan putus sekerat jalan. Terfikir juga saya kenapa tiba-tiba je sahabat saya ini minat memancing, tapi takpe itukan hak beliau tiada siapa yang boleh nafikanya.


Peralatan Memancing Kojoe2Kill

Dulu saya rasa tak pernah pulak dia kata dia minat memancing, ye mungkin saya tak tahu, ya lah kalau saya tak tanya takkanlah dia nak cakap kan. Tak Kisahlah janji Kojoe2Kill sekarang telah bergelar kaki pancing, kat mana Kojoe2Kill ni memancing dan 'lubuk' mana yang menjadi pilihan kojoe2kill saya pun tak tahu, kalau nak tahu tanyalah dia.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Monday, June 29, 2009

Ikan Kelah

. Monday, June 29, 2009
0 comments

IKAN KELAH

Di dalam bahasa Inggeris ikan ini dipanggil 'Mahseer'. Ikan ini tergolong dalam Ikan Kap dari Keluarga Cyprinidae yang mempunyai sisik besar.

Ikan Kelah ini dikategorikan sebagai Ikan Sukan. Ia digilai ramai peminat dan ada laman web yang menggunakan nama ikan kelah sebagai domain iaitu www.ikankelah.com.

Hamilton Pada tahun 1822 mengambarkan ikan ini. Ikan ini pertama kali di sebut di dalam cabaran memancing dalam majalah Oriental Sporting pada tahun 1833.

Pada tahun kemudianya ikan ini menjadi kegilaan pemancing British yang menetap di India.

Ikan Kelah dari spesies Golden Mahseer sebesar 2.75 meter (9 Kaki) panjangnya dan beratnya 54 kilogram (118 Paun).

Ikan ini menyukai kawasan yang berbatu-batan dan biasanya memilih kawasan berbatu-batan untuk membiak.
Ikan ini dikategorikan sebagai Ikan Omnivor dan memakan alga, krustasia, serangga, katak dan ikan kecil serta apa-apa sahaja yang jatuh dari pokok di atas tempat ia berkeliaran. Di India ikan ini adalah ikan komersial.

Video Ikan Kelah




Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Sunday, June 28, 2009

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

. Sunday, June 28, 2009
0 comments

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

Ikan ini merupakan satu spesies ikan air tawar dari Famili Siluridae yang boleh didapati di bahagian selatan Asia dari Malaysia ke Pakistan ke Vietnam dan Indonesia. Ia juga dilaporkan wujud di Afghanistan.

Mengikut Sejarah, sebuah bandar di Perak, Malaysia dinamakan sempena nama ikan ini iaitu Bandar Tapah. Lazimya ikan Tapah mudah dijumpai di Sungai dan Tasik yang besar. Dasar sungai itu biasanya berlumpur dan airnya mengalir dengan perlahan.

Ikan ini amat lembab dan mempunyai kepakaran menyembunyikan diri yang tinggi. Biasanya ikan ini akan menyembunyikan dirinya di dalam lubang-lubang yang terdapat pada tebing sungai atau terusan ataupun mengekalkan diri di bawah dasar sungai untuk mencari makanan.

Ikan Tapah merupakan seekor ikan yang kuat makan dan merupakan ikan pemangsa. Seekor Ikan Tapah Dewasa biasanya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanan selain krustasia dan moluska.

Ikan ini membiak pada musim panas sebelum musim hujan, oleh yang demikian banyaklah ikan jenis ini sewaktu musim panas. Badan ikan ini amat panjang dan padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter ataupun 8 kaki. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan mampu mengigit manusia.

Video Menarik Pemancing Dapat Ikan Tapah Gergasi
.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»