Showing posts with label tempat memancing. Show all posts
Showing posts with label tempat memancing. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Pulau Perhentian Destinasi Pilihan Kaki Pancing..

. Monday, July 13, 2009
5 comments

Pulau Perhetian Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Perhentian letaknya di dalam daerah Besut salah sebuah daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan 'penyu' dan juga Menteri Besar yang serupa dengan 'penyu'.

Aneka jenis ikan dapat didapati di sini dan boleh dikatakan pulau ini menjadi destinasi impian bagi setiap kaki pancing yang ingin memancing di sini. Suasana dasar laut yang masih belum tercemar dicampur pula dengan tahap kebersihan persekitaran Pulau Perhentian yang amat memuaskan.

Bagi Kaki Pancing yang minat memancing di Pulau, mungkin Pulau Perhentian sesuai bagi mereka untuk melaksanakan hobi yang mereka anuti itu. Terdapat banyak ikan di sini pendek kata tak sia-sia memancing di Pulau Perhentian.

Kaki Pancing tidak perlu bimbang mengenai penginapan sekiranya mereka memilih untuk memancing di sini kerana Pulau Perhentian terdapat banyak chalet dan juga resort berdasarkan kemampuan kaki pancing tersebut.

Untuk gambar dan video klik baca sepenuhnya......

Ramai Kaki Pancing yang telah mendapat habuan dengan memancing di Pulau Perhentian anda bila lagi? Selain memancing kaki pancing juga boleh bercuti dengan keluarga di Pulau Ini memang menyeronokkan.

KakiPancing4u: Memancing di Pulau Perhentian satu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka yang bergelar kaki pancing, pengalaman memancing di Pulau Perhentian memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ikan Pulau Perhentian


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, July 8, 2009

Memancing Di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

. Wednesday, July 8, 2009
0 comments

Memancing di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Oleh: yieMEGA

Satu lagi tempat yang menjadi kegilaan ramai kaki pancing adalah Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Pantainya yang berbatuan memberi kediaman kepada Ikan yang suka berada berhampiran batu-batuan seperti Ikan Kerapu.

Biasanya Kaki Pancing yang memancing di Bukit Keluang akan memancing di Bahagian Belakang Bukit Keluang yang juga dikenali dengan nama "Pantai Dato' " oleh masyarakat setempat. Di pantai inilah dikatakan menjadi lubuk kepada Ikan Kerapu.

Seperti kebanyakkan lubuk ikan, Pantai ini juga tidak terlepas daripada dakwaan berlakunya perkara-perkara misteri dan menakutkan serta penuh mistik yang berlaku di kawasan ini yang juga dikaitkan dengan tempat bersemadinya 'harta lanun' jutaan tahun yang lalu.

Pantai ini juga turut dijadikan tempat pembuangan 'saka' ataupun hantu-hantu yang menganggu beberapa rumah dan kawasan perniagaan beberapa penduduk tempatan. Seorang penghidap penyakit misteri juga pernah dikaitkan dengan pantai ini kerana katanya beliau membawa balik 'barang panas' ke rumahnya.

Namun, sebagai Kaki Pancing mereka tetap memberinakan diri untuk memancing di Pantai ini walaupun pada waktu malam yang gelab-gelita, seperti kata pepatah "Alah Bisa Tegal Biasa". Memikirkan hasilnya lumayan dan membuatkan hati terasa puas cerita-cerita mistik tersebut tidak mampu menakutkan Kaki Pancing yang menjadikan pantai itu sebagai rumah kedua mereka.

Memang tidak dinafikan, pantai ini banyak memberi rezeki yang bernilai buat Kaki Pancing, jadi bagi mereka yang belum pernah mendaratkan ikan di Pantai ini, datanglah insyaALLAh kedatangan anda tidak akan sia-sia dengan izin Allah.

Lokasi pantai ini yang jauh dari kebisingan bandar memberikan suasana yang amat sesuai bagi kaki pancing yang tidak meminati suasana bising terutamanya bunyi kenderaan yang lalu lalang di sekitar tempat mereka memancing.

Bukit Keluang Mengamit Kaki Pancing


Kaki Pancing Dapat Ikan Kerapu



Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Friday, July 3, 2009

..::::Memancing Di Jambatan Tok Bali

. Friday, July 3, 2009
0 comments

JAMBATAN TOK BALI BUKAN SAHAJA MENJADI KEGILAAN KAKI PANCING TEMPATAN

TOK Bali (sebut betul-betul bukan Bali tetapi Tok Bali tapi sini ada Bali Resort) letaknya di Pasir Puteh, Kelantan. Lazimnya kaki pancing 'tahap ketagih' hari-hari akan mencuba nasib di sini, bukan sahaja dari kawasan berdekatan malah dari kawasan berjauhan juga Kaki Pancing sanggup datang ke sini.

Jambatan Tok Bali semakin meriah apabila tibanya cuti hari minggu (Hari Jumaat bukan Ahad tau). Jika kebetulan anda lalu di jambatan ini pada awal pagi pasti anda akan melihat "Kelibat" Kaki Pancing yang begitu ramai di Jambatan Ini. Telatah Kaki Pancing di sini beraneka ragam, kebetulan hari jumaat yang lalu saya melalui jambatan ini dan dapatlah melihat ada kaki pancing yang sanggup tidur di laluan pejalan kaki jambatan tersebut sambil menunggu joranya mengena mangsa.

Mungkin anda tidak tahu mengenai Jambatan Tok Bali ini sebenarnya ia adalah tempat larangan memancing, tetapi mungkin kerana 'ramai' Kaki Pancing yang mendapat 'habuan besar' di sini menyebabkan mereka tidak mempedulikan Papan Tanda yang bermaksud "Dilarang Memancing". Mungkin bagi mereka kepuasan sebagai seorang Kaki Pancing adalah lebih dari segala-galanya sehinggakan mereka sanggup 'menggadai nyawa' dengan memancing dari atas jambatan unik ini.

Untuk rekod sudah banyak kemalangan yang dicatatkan berlaku di sini, tetapi syukur Alhamdulillah kesemuanya tidak melibatkan Kaki Pancing yang setia dengan 'hobinya' iaitu memancing yang menuntut 'penganut' hobi ini banyak bersabar.

Ramai juga Kaki Pancing yang berjaya 'mendaratkan' 'habuan mewah' di jambatan Ini, tidak mustahillah apabila hari minggu dan juga cuti panjang sekolah, ramailah Kaki Pancing berpusu-pusu mengunjungi 'jambatan rezeki' ini.

Melihat telatah para Kaki Pancing di Jambatan Tok Bali ini, membuatkan saya pun turut rasa berminat untuk memancing di sini, namun kerana tak ada 'teman' sanggup berumah di tepi jambatan ini saya terpaksa melupakan kehendak naluri saya itu. Saya hanya memilih untuk memancing di Pantai Datuk, kerana di sini ramai 'teman' saya yang akrab dan boleh membantu sekiranya saya mengalami masalah.

Habuan Kaki Pancing Jambatan Tok Bali


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»