span.fullpost {display:inline;}

Sunday, June 28, 2009

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

. Sunday, June 28, 2009

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

Ikan ini merupakan satu spesies ikan air tawar dari Famili Siluridae yang boleh didapati di bahagian selatan Asia dari Malaysia ke Pakistan ke Vietnam dan Indonesia. Ia juga dilaporkan wujud di Afghanistan.

Mengikut Sejarah, sebuah bandar di Perak, Malaysia dinamakan sempena nama ikan ini iaitu Bandar Tapah. Lazimya ikan Tapah mudah dijumpai di Sungai dan Tasik yang besar. Dasar sungai itu biasanya berlumpur dan airnya mengalir dengan perlahan.

Ikan ini amat lembab dan mempunyai kepakaran menyembunyikan diri yang tinggi. Biasanya ikan ini akan menyembunyikan dirinya di dalam lubang-lubang yang terdapat pada tebing sungai atau terusan ataupun mengekalkan diri di bawah dasar sungai untuk mencari makanan.

Ikan Tapah merupakan seekor ikan yang kuat makan dan merupakan ikan pemangsa. Seekor Ikan Tapah Dewasa biasanya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanan selain krustasia dan moluska.

Ikan ini membiak pada musim panas sebelum musim hujan, oleh yang demikian banyaklah ikan jenis ini sewaktu musim panas. Badan ikan ini amat panjang dan padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter ataupun 8 kaki. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan mampu mengigit manusia.

Video Menarik Pemancing Dapat Ikan Tapah Gergasi
.
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment