Showing posts with label tips memancing. Show all posts
Showing posts with label tips memancing. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Line Fishing

. Friday, August 13, 2010
0 comments



Line Fishing adalah penangkapan ikan dengan garis memancing. Garis memancing adalah setiap kabel dibuat untuk memancing. Penting parameter garis memancing panjang, bahan, dan berat (tebal, garis lebih terlihat lebih kukuh untuk ikan). Faktor-faktor yang boleh menentukan apa yang garis pemancing yang memilih untuk persekitaran nelayan yang diberikan termasuk melanggar kekuatan, simpul kekuatan, ketahanan UV, castability, limpness, peregangan, ketahanan Abrasi, dan visibilitas.

Tali pancing moden biasanya diperbuat dari bahan buatan. Jenis yang paling umum adalah tekstil, terbuat dari untai tunggal. Ada juga dijalin tali pancing dan menyatu superlines terma.

Droplining - dropline terdiri daripada tali pancing panjang menetapkan secara menegak ke dalam air, dengan serangkaian kait berumpan Droplines memiliki berat di bawah dan mengambang di atas. Mereka biasanya tidak selama 'longlines' dan mempunyai kurang hook.

Handlining - adalah memancing dengan tali pancing tunggal, maklum dengan umpan atau ikan umpan, yang diadakan di tangan. Handlining boleh dilakukan dari perahu atau dari pantai. Hal ini digunakan terutama untuk menangkap groundfish dan cumi, tapi ikan pelagis kecil juga boleh ditangkap.

* Longlining - adalah teknik komersial yang menggunakan tali pancing panjang berat dengan serangkaian ratusan atau bahkan ribuan kait berumpan bergantung dari jalur utama dengan cara garis cabang yang disebut "snoods". 'Longlines' biasanya dijalankan dari perahu khusus yang disebut longliners. Mereka menggunakan winch khusus untuk mendapatkan hasil tangkapan di garis, dan boleh beroperasi di perairan yang lebih dalam penargetan spesies pelagis seperti ikan tongkol, tuna dan sablefish.

Slabbing - melibatkan berulang-ulang mengangkat dan menjatuhkan memikat datar, biasanya terbuat dari 1-2,5 ons timbal dicat agar tampak seperti baitfish, melalui sebuah sekolah aktif makan ikan yang pemancing telah terletak di suatu carian ikan. Digunakan pada putih dan bergaris-garis bass di waduk dari Amerika Syarikat selatan.

Trolling - penangkapan ikan dengan satu atau lebih baris berumpan yang ditarik melalui air. Hal ini dapat dilakukan dengan menarik garis di belakang bot bergerak lambat, atau dengan perlahan-lahan garis berkelok-kelok ketika nelayan dari tanah. Trolling digunakan untuk menangkap ikan pelagis seperti tenggiri dan kingfish.

Trotlining - trotline adalah seperti dropline, kecuali bahawa dropline mempunyai serangkaian kait ditangguhkan menegak dalam air, sementara trotline mempunyai serangkaian kait ditangguhkan horizontal di dalam air. Trotlines dapat secara fizikal ditetapkan dalam banyak hal, seperti mengikat setiap akhir untuk sesuatu yang tetap, dan menyesuaikan set sisa garis dengan bobot dan mengapung. Mereka digunakan untuk menangkap ketam atau ikan, seperti ikan patin, khususnya di sungai.



Read More »»

Wednesday, July 22, 2009

Petua Tentang Pancing dan Ikan...

. Wednesday, July 22, 2009
1 comments

(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)

Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.

Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.



Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Thursday, July 16, 2009

Panduan Memilih Kekili dan Joran

. Thursday, July 16, 2009
1 comments


Panduan Membeli

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi ‘perkhidmatan’ terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.

Bahan Alat memancing – Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan ‘casting’, joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.

Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.

Bentuk cincin joran – Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :

  • Cincin joran berkaki tiga
  • Cincin joran berkaki empat
  • Cincin Joran berkaki tunggal

Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.

Pemegang joran – pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span. Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.

Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila ditanggalkan.

Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin advance dan menarik, alas bebola (ball bearing) telah ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 – 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shafnya akan bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

sumber: pancing-ikan.blogspot.com

Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, July 1, 2009

Tip Memancing Ikan Kerapu

. Wednesday, July 1, 2009
3 comments

Tips Memancing Ikan Kerapu
Oleh: yiemega

Ikan Kerapu merupakan ikan yang bernilai tinggi. Ia menjadi kegilaan ramai kaki pancing kerana katanya jika berjaya mendaratkan ikan ini bersamaan dengan satu kejayaan yang amat besar bagi seseorang insan yang bergelar kaki pancing. Bersesuaian dengan harganya yang cukup tinggi ikan ini sememangnya susah untuk di dapati.

Sebelum saya memberikan tips untuk memancing ikan ini adalah lebih baik para kaki pancing mengenali dulu ikan ini. Ikan ini biasanya mudah di dapati di kawasan laut yang berstruktur. Ikan ini sangat bijak kerana biasanya ia akan mendiami 'lubuk' yang jarang disinggahi nelayan ataupun kaki pancing.

Sekiranya kaki pancing berjaya mendaratkan ikan ini bermakna 'lubuk kerapu' tersebut masih dara kerana sudah lama tidak dikunjungi oleh nelayan atau kaki pancing ataupun lubuk tersebut masih baru dan belum dijumpai oleh siapa-siapapun. Pantai Datuk (Belakang Bukit Keluang) sebelum ini dikatakan ada 'lubuk kerapu'.

Ikan ini juga gemar berada di kawasan batu karang di kawasa batu-batuan dan juga kawasan kapal karam. Ikan ini merupakan 'ikan pemangsa' yang pemalas yang juga berat perut. Ikan ini biasanya gemar menyambar mangsanya dan cepat-cepat di bawa masuk ke dalam lubang atau struktur yang menjadi kediaman ikan tersebut.

Ikan Kerapu biasanya aktif memburu mangsanya pada waktu malam. Walaubagaimanapun ada juga ikan kerapu yang keluar pada waktu siang hari khusunya pada awal pagi dan lewat petang. Waktu ini dikatakan sesuai untuk menjeratnya.

Kaki Pancing tidak perlu bimbang ikan ini tidak begitu cerewet berhubung dengan makananya. Dia akan menyambar apa sahaja umpan yang digemarinya. Ikan ini telah dicipta dengan sifat menyerang mangsanya dengan rakus, kasar dan mengejut. Ia mempunyai tenaga luar biasa untuk menyerang dan membunuh dengan begitu cepat. Walaubagaimanapun, kemampuanya menentang joran tidak lah begitu lama sebelum ikan ini akan lemah terkulai dan tewas.

Kaki Pancing yang ingin menewaskan dan 'mendaratkan' kerapu perlulah menggunakan peralatan yang sesuai. Peralatan mestilah terdiri daripada jenis yang kuat dan kasar. Kejayaan kaki pancing menewaskan kerapu daripada meluru masuk ke dalam kawasan berstruktur pada awal 'perperangan' adalah menjadi titik penentuan kejayaan muktamad bagi kaki pancing.

Joran dan Kekili Kaki Pancing hendaklah berkekuatan berat dan dijamin dapat bertahan dari asakan awal yang kasar oleh sang kerapu tersebut. Selain itu, Kaki Pancing juga mesti memastikan tali utama, mata kail dan perambut juga perlu terdiri dari jenis yang tahan kuat dan kasar.

Umpan:
Pemilihan umpan juga perlu dititik beratkan oleh Kaki Pancing bagi mendaratkan Ikan Kerapu. Biasanya ikan ini lebih gemar dengan umpan yang bersaiz besar. Ikan Tongkol juga merupakan salah satu umpan yang sesuai untuk mendaratkan kerapu. Selain itu, kurita juga boleh dijadikan umpan untuk mendaratkan kerapu. Lagi besar umpan lagi baik untuk Kaki Pancing mendaratkan Kerapu.

Cara Menghadapi Cabaran Kerapu:

Cara menghadapi cabaran Kerapu adalah satu syarat terpenting bagi mengelakkanya masuk ke sarang dan membuatkan Kaki Pancing mengigit jarit. Teknik yang paling asas ialah Kaki Pancing jangan memberi sebarang peluang kepada sang Kerapu untuk menarik keluar tali dan kekili dan memaling kepalanya ke bawah. Sebaiknya Kaki Pancing perlu mengekangnya sepantas dan sekuat yang mungkin dan memaksanya supaya bertahan dengan agak lama sambil mencuba untuk menariknya ke permukaan air. Cara ini mungkin memenatkan tetapi ia berbaloi kerana Kerapu hanya melawan sekejap sahaja akhirnya ia akan tertewas jua jika Kaki Pancing bersabar dan tidak patah semangat.

Ikan Kerapu
Ikan Kerapu


Read More »»