Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Kaki Pancing Terengganu Dapat RM20,000

. Saturday, July 31, 2010
0 comments


Ikan tenggiri membawa tuah kepada seorang Kaki Pancing dari Terengganu. Kaki Pancing tersebut telah berjaya mendaratkan Tenggiri seberat 7.92 KG sekaligus menobatkan beliau sebagai Juara Kategori Laut GP Joran 2010.

Kaki Pancing tersebut telah berjaya menewaskan 749 Kaki Pancing lain yang bertarung kepakaran memancing masing-masing pada pusingan kedua GP Joran 2010 di Kuala Pahang. Kaki Pancing tersebut atau nama sebenarnya Halim Mustafa mengambil masa kira-kira satu jam untuk menjinakkan Tenggiri tersebut.

Sementara itu, dua orang Kaki Pancing daripada Johor hanya berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga kategori laut. Kaki Pancing tersebut adalah Alias Maulud dan Abdul Karim ali dengan tangkapan seberat 7.78 kilogram, walaupun berat ikan mereka berdua adalah sama, tetapi masa tangkapan memberi kelebihan kepada Alias.

Dalam pada itu, bagi kategori pantai pula tempat kedua dimenangi Hasmawi Abd Manan, 47, juga dari Pahang dengan tangkapan ikan todak seberat 530 gram seterusnya melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan, manakala ketiga peserta Terengganu, Mohammad Idris juga berjaya menaikkan ikan todak seberat 415 gram dan menerima hadiah RM4,000.

Sementara itu, dalam kategori ikan pari, peserta Johor, Mohd Kamaruddin Kasim, 42, muncul juara dengan tangkapan 39.34kg, diikuti tempat kedua, Zulkifli Mustafar juga dari Johor dengan tangkapan 34.78 kg dan ketiga Kamarul Hashim, 24, dengan tangkapan seberat 15.9kg.

Enhanced by Zemanta

Read More »»

Monday, January 18, 2010

Memancing di Jambatan Kuala Besut

. Monday, January 18, 2010
1 comments


PARA KAKI PANCING boleh mencuba untuk memancing di Jambatan Kuala Besut khabarnya habuan memancing di jambatan ini juga berbaloi. Jadi rugilah kaki-kaki pancing kalau tak memancing di jambatan Kuala Besut.

Bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi Jambatan Kuala Besut, ia sebenarnya terletak di dalam daerah Besut, sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu. Kaki pancing juga boleh melihatnya di wikimapia.org di sini.

Bagi kaki-kaki pancing yang telah pergi ke sana pasti mereka membawa balik satu pengalaman yang amat menarik dan bermakna bagi mereka yang bergelar kaki pancing. Ikan di sini di katakan besar-besar juga, jadi kepada kaki pancing yang belum pernah menjadikan Jambatan Kuala Besut sebagai 'port' memancing jadi jangan tunggu lama-lama lagi, Jambatan Kuala Besut sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.

Menurut maklumat yang KakiPancing4u terima, lazimnya kaki pancing akan datang membawa 'alat-alat perang' mereka selepas waktu isyak setiap hari, dan bilangan kaki pancing akan bertambah pada setiap cuti umum atau cuti minggu.

Pengalaman memancing di Jambatan Kuala Besut merupakan satu pengalaman yang menarik dan wajarlah kaki pancing dari seluruh negara merasai nikmat memancing di sini. Jadi mungkin Jambatan Kuala Besut akan menjadi 'port baru' untuk para kaki pancing jadi apa tunggu lagi.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Monday, July 13, 2009

Pulau Perhentian Destinasi Pilihan Kaki Pancing..

. Monday, July 13, 2009
5 comments

Pulau Perhetian Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Perhentian letaknya di dalam daerah Besut salah sebuah daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan 'penyu' dan juga Menteri Besar yang serupa dengan 'penyu'.

Aneka jenis ikan dapat didapati di sini dan boleh dikatakan pulau ini menjadi destinasi impian bagi setiap kaki pancing yang ingin memancing di sini. Suasana dasar laut yang masih belum tercemar dicampur pula dengan tahap kebersihan persekitaran Pulau Perhentian yang amat memuaskan.

Bagi Kaki Pancing yang minat memancing di Pulau, mungkin Pulau Perhentian sesuai bagi mereka untuk melaksanakan hobi yang mereka anuti itu. Terdapat banyak ikan di sini pendek kata tak sia-sia memancing di Pulau Perhentian.

Kaki Pancing tidak perlu bimbang mengenai penginapan sekiranya mereka memilih untuk memancing di sini kerana Pulau Perhentian terdapat banyak chalet dan juga resort berdasarkan kemampuan kaki pancing tersebut.

Untuk gambar dan video klik baca sepenuhnya......

Ramai Kaki Pancing yang telah mendapat habuan dengan memancing di Pulau Perhentian anda bila lagi? Selain memancing kaki pancing juga boleh bercuti dengan keluarga di Pulau Ini memang menyeronokkan.

KakiPancing4u: Memancing di Pulau Perhentian satu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka yang bergelar kaki pancing, pengalaman memancing di Pulau Perhentian memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ikan Pulau Perhentian


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, July 8, 2009

Memancing Di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

. Wednesday, July 8, 2009
0 comments

Memancing di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Oleh: yieMEGA

Satu lagi tempat yang menjadi kegilaan ramai kaki pancing adalah Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Pantainya yang berbatuan memberi kediaman kepada Ikan yang suka berada berhampiran batu-batuan seperti Ikan Kerapu.

Biasanya Kaki Pancing yang memancing di Bukit Keluang akan memancing di Bahagian Belakang Bukit Keluang yang juga dikenali dengan nama "Pantai Dato' " oleh masyarakat setempat. Di pantai inilah dikatakan menjadi lubuk kepada Ikan Kerapu.

Seperti kebanyakkan lubuk ikan, Pantai ini juga tidak terlepas daripada dakwaan berlakunya perkara-perkara misteri dan menakutkan serta penuh mistik yang berlaku di kawasan ini yang juga dikaitkan dengan tempat bersemadinya 'harta lanun' jutaan tahun yang lalu.

Pantai ini juga turut dijadikan tempat pembuangan 'saka' ataupun hantu-hantu yang menganggu beberapa rumah dan kawasan perniagaan beberapa penduduk tempatan. Seorang penghidap penyakit misteri juga pernah dikaitkan dengan pantai ini kerana katanya beliau membawa balik 'barang panas' ke rumahnya.

Namun, sebagai Kaki Pancing mereka tetap memberinakan diri untuk memancing di Pantai ini walaupun pada waktu malam yang gelab-gelita, seperti kata pepatah "Alah Bisa Tegal Biasa". Memikirkan hasilnya lumayan dan membuatkan hati terasa puas cerita-cerita mistik tersebut tidak mampu menakutkan Kaki Pancing yang menjadikan pantai itu sebagai rumah kedua mereka.

Memang tidak dinafikan, pantai ini banyak memberi rezeki yang bernilai buat Kaki Pancing, jadi bagi mereka yang belum pernah mendaratkan ikan di Pantai ini, datanglah insyaALLAh kedatangan anda tidak akan sia-sia dengan izin Allah.

Lokasi pantai ini yang jauh dari kebisingan bandar memberikan suasana yang amat sesuai bagi kaki pancing yang tidak meminati suasana bising terutamanya bunyi kenderaan yang lalu lalang di sekitar tempat mereka memancing.

Bukit Keluang Mengamit Kaki Pancing


Kaki Pancing Dapat Ikan Kerapu



Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Saturday, July 4, 2009

Pulau Rhu Destinasi Kaki Pancing....

. Saturday, July 4, 2009
0 comments

Pulau Rhu Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Rhu Hentian menjadi pilihan Kaki Pancing yang gemar memancing di pinggiran pulau. Lokasinya terletak di perairan Besut, Terengganu dan pulau yang terdekat dengan daratan dan turut menjadi persinggahan nelayan untuk menghilangkan penat.

Menariknya pulau ini mampu dilihat dengan jelas dari Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu yang kelihatan seperti seekor ikan paus.

Nama Pulau Rhu agak terasing dari segi kedatangan pelancong tidak tahulah kenapa, ini bermakna pulau ini amat sesuai untuk kaki pancing yang gemar memancing di Pulau-Pulau kerana jelasnya ikan-ikan di sini jarang diganggu oleh kehadiran pelancong tidak seperti di Pulau Perhentian.

Persekitaran Pulau ini agak menarik dan memberi kepuasan yang sewajarnya kepada Kaki Pancing untuk memancing sambil menikmati keindahan alam. Khabarnya 'lubuk ikan' memang banyak di sini jadi jika Kaki Pancing ingin mencuba nasib mereka bolehlah mencuba nasib di Pulau Rhu Hentian ini.

Lokasi Pulau ini yang agak terpencil menjadikan ia bebas dari sebarang kebisingan kota. Namun, pulau ini tidak terlepas daripada cerita-cerita misteri yang di dakwa berlaku di Pulau Ini, selain itu cerita mistik pulau ini turut menjadi buah mulut orang di sini. Namun, ia langsung tidak menakutkan Kaki Pancing yang gemar mencari rezeki mereka di Pulau ini.

Malah pulau ini turut menjadi tempat persinggahan bagi nelayan-nelayan laut bagi menghilangkan penat mereka menongkah arus gelora lautan di situ selain daripada menjamu selera dengan berbekalkan makanan mereka sendiri. Pulau ini juga pernah dijadikan tempat latihan Program Biro Tata Negara (BTN) Tahap Lanjutan oleh Biro Tata Negara.

Pulau Rhu

Pulau Rhu Hentian

Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Sunday, June 28, 2009

Tasik Kenyir Syurga Kaki Pancing....

. Sunday, June 28, 2009
0 comments



Tasik Kenyir sebuah Tasik Buatan Manusia yang terbesar umpama 'syurga' bagi kaki-kaki pancing untuk memancing. Bagi sesiapa yang mempunyai hobi 'memancing' ini bolehlah pergi 'berpesta' di Tasik Kenyir.

Pesta Memancinglah jangan fikir 'pesta' lain dan janganlah fikir hendak buat benda lain selain memancing. Jangan cemarkan tempat memancing anda dengan maksiat. Eh...bukan ceramah ni cuma nasihat, jangan marah tau.

Tasik Kenyir bukan sahaja mempunyai pemandangan yang menarik malah mempunyai banyak ikan di dalamnya ataupun dalam kata lain Tasik Kenyir merupakan 'lubuk ikan' dan sesuailah untuk para kaki pancing yang pergi ke mana-mana pun fikir tentang joran pancing....

Tasik Kenyir letaknya di Kemaman Terengganu dan ia mempunyai satu empangan Hidro Elektrik Kenyir yang menjadi punca kepada bekalan elektrik hampir ke seluruh negara. Keindahan Tasik Kenyir memang tiada tandingan dan ia menjadi kegilaan kebanyakkan kaki pancing sebut kata Kenyir pasti ingat 'memancing'.




Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»