Showing posts with label kaki pancing. Show all posts
Showing posts with label kaki pancing. Show all posts

Saturday, June 13, 2026

Rahsia Pancing Udang Galah di Sungai Air Tawar

. Saturday, June 13, 2026
0 comments

 


Pendahuluan

Ramai kaki pancing lebih tertumpu kepada ikan sungai seperti haruan, keli atau sebarau. Namun, udang galah sebenarnya menawarkan cabaran tersendiri dan menjadi buruan eksklusif kerana rasanya yang manis serta harga pasaran yang tinggi. Artikel ini akan membongkar teknik, umpan, dan lokasi sesuai untuk memburu udang galah di sungai air tawar.

Teknik Pancing

Joran ringan: Gunakan joran 6–7 kaki dengan kekili kecil supaya lebih sensitif terhadap tarikan halus udang.

Perambut halus: Saiz 10–12 lb sudah memadai, kerana udang galah tidak sekuat ikan besar.

Batu ladung kecil: Pastikan ladung cukup berat untuk menahan arus, tetapi tidak terlalu besar sehingga menakutkan udang.

Umpan Paling Menjadi

Cacing tanah – klasik dan sentiasa berkesan.

Isi ikan kecil – potong dadu kecil, mudah dicangkuk.

Udang pasar – udang kecil yang sudah mati juga boleh dijadikan umpan.


Lokasi & Masa Sesuai

Sungai berarus sederhana – udang galah suka kawasan dasar berpasir atau berlumpur.

Waktu malam – lebih aktif keluar mencari makan.

Musim hujan – air sungai naik, udang lebih mudah ditemui berhampiran tebing.


Tips Tambahan

Jangan terlalu kasar ketika menarik joran, kerana udang galah mudah terlepas.

Gunakan lampu suluh kecil untuk memantau pergerakan tali pancing pada waktu malam.

Simpan hasil tangkapan dalam bekas berisi air sungai supaya udang kekal segar.


#PancingUdangGalah #KakiPancing #TipsMemancing #SungaiMalaysia #UmpanPower


Read More »»

Monday, April 27, 2026

Panduan Memancing Ikan Tepi Laut

. Monday, April 27, 2026
0 comments


๐ŸŽฃ Panduan Memancing Ikan Di Tepi Laut


Memancing di tepi laut merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan, tetapi memerlukan persediaan yang betul. Berikut beberapa tip penting untuk anda yang ingin memancing di tepi laut.


๐Ÿช 1. Pilih Peralatan Yang Sesuai


Gunakan joran dan kekili yang mampu menahan ikan besar serta tali pancing yang tahan lasak.


๐Ÿฆ 2. Umpan & Teknik


Pilih umpan segar seperti udang, sotong atau ikan kecil. Cuba pelbagai teknik seperti pancing dasar dan apollo.


๐ŸŒŠ 3. Ketahui Pasang Surut


Periksa jadual pasang surut untuk mengetahui waktu terbaik memancing — biasanya ketika air mula pasang atau surut.


๐Ÿงข 4. Keselamatan & Keselesaan


Bawa bekalan air, topi, pelindung matahari dan kasut yang sesuai. Sentiasa berhati-hati di kawasan berbatu dan licin.


---


๐Ÿ’ฌ Selamat memancing & semoga sukses dalam hobi anda

Read More »»

Thursday, September 1, 2011

Perkara yang Akan Membuatkan Kaki Pancing Bengang

. Thursday, September 1, 2011
0 comments

KAKIPANCING4U hari ini ingin berkongsi dengan semua para kaki pancing yang berada di seluruh negara iaitu mengenai perkara-perkara yang akan membuatkan kaki pancing akan menjadi bengang atau berang.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan tersebut adalah:

  1. Dah lama duduk memancing di sesuatu tempat ikan seekor pun tak dapat tapi bila orang lain je pegang joran yang dia pegang tak sampai seminit dapat ikan.
  2. Datang memancing sama-sama tapi bila nak beli umpan member buat tak tahu aje.
  3. Sedang asyik menarik ikan, tiba-tiba pula kaki pancing kat sebelah memandai tunjuk pro dengan mengajar kita.
  4. Masa tak dapat ikan kita pindah tempat lain, tapi kaki pancing lain duduk kat tempat kita tadi dapat pulak ikan.
  5. Terlepas ikan yang dipancing tak ada orang yang tolong tanggukkan, yang ada tu sekadar menonton sahaja.
  6. Bila ikan makan umpan kita, kaki pancing dekat sebelah buat tak tahu sehingga berbelit tali kita dengan tali pemancing tu.
  7. Baru nak mula memancing, kaki pancing kat sebelah pula memandai ajar kita supaya baling pancing kat lubuk ikan kononya walhal ikan seekor pun tak dapat.
  8. Dah le susah nak dapat ikan, alih-alih member pulak bawa balik ikan kita dengan selamba.
  9. Bila ada kaki pancing yang tidak dikenali sibuk membelek ikan yang kita dapat yang sudah bergari dan tiba-tiba terlepas dan diorang buat tak tahu aje dengan alasan ikatan gari tak betul.


Itulah di antara perkara-perkara yang akan membuatkan seseorang kaki pancing itu menjadi bengang, bayangkan jika semua perkara yang tersebut di atas terjadi ke atas anda. Tentulah anda pun rasa bengang.....

Read More »»

Saturday, October 17, 2009

Alat Sonar Berguna Untuk Pemancing Di Laut Dalam..

. Saturday, October 17, 2009
0 comments


SONAR merupakan sejenis alat yang popular digunakan untuk mengesan ikan. Sebenarnya SONAR berasar dari perkataan "Sound Navigation And Ranging" adalah satu teknik penjalaran suara di dalam air untuk navigasi dan mengesan pergerakkan di dalam air. Ia juga dikenali dengan ASDIC iaitu Anti Submarine Detection Investigations Commitee.

Sonar menggunakan gelombang suara bawah air yang dipancarkan dan dipantulkan untuk mengesan dan menetapkan lokasi objek di bawah laut ataupun mengukur kedalaman bawah laut. Sonar sebenarnya telah digunakan secara meluas untuk mengesan kapal selam dan ranju, mengukur kedalaman, penangkapan ikan secara komersial, keselamatan penyelam, dan komunikasi di laut.

Penciptaan Alat Sonar dimulakan oleh Daniel Colloden pada tahun 1822 menggunakan loceng di bawah air untuk menetapkan objek di bawah air untuk menghitung kecepatan suara bawah air di Danau Geneva, Swiss. Kemudian diikuti oleh Lewis Nixon pada tahun 1906, seterusnya oleh Paul Langevin 1915.

Terdapat dua jenis sonar iaitu:
Sonar Aktif - Signalnya yang dihantar bakal diterima kembali
Sonar Pasif - Signalnya tidak ada yang dikirim keluar
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»