Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Kaki Pancing Terengganu Dapat RM20,000

. Saturday, July 31, 2010
0 comments


Ikan tenggiri membawa tuah kepada seorang Kaki Pancing dari Terengganu. Kaki Pancing tersebut telah berjaya mendaratkan Tenggiri seberat 7.92 KG sekaligus menobatkan beliau sebagai Juara Kategori Laut GP Joran 2010.

Kaki Pancing tersebut telah berjaya menewaskan 749 Kaki Pancing lain yang bertarung kepakaran memancing masing-masing pada pusingan kedua GP Joran 2010 di Kuala Pahang. Kaki Pancing tersebut atau nama sebenarnya Halim Mustafa mengambil masa kira-kira satu jam untuk menjinakkan Tenggiri tersebut.

Sementara itu, dua orang Kaki Pancing daripada Johor hanya berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga kategori laut. Kaki Pancing tersebut adalah Alias Maulud dan Abdul Karim ali dengan tangkapan seberat 7.78 kilogram, walaupun berat ikan mereka berdua adalah sama, tetapi masa tangkapan memberi kelebihan kepada Alias.

Dalam pada itu, bagi kategori pantai pula tempat kedua dimenangi Hasmawi Abd Manan, 47, juga dari Pahang dengan tangkapan ikan todak seberat 530 gram seterusnya melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan, manakala ketiga peserta Terengganu, Mohammad Idris juga berjaya menaikkan ikan todak seberat 415 gram dan menerima hadiah RM4,000.

Sementara itu, dalam kategori ikan pari, peserta Johor, Mohd Kamaruddin Kasim, 42, muncul juara dengan tangkapan 39.34kg, diikuti tempat kedua, Zulkifli Mustafar juga dari Johor dengan tangkapan 34.78 kg dan ketiga Kamarul Hashim, 24, dengan tangkapan seberat 15.9kg.

Enhanced by Zemanta

Read More »»

Monday, January 18, 2010

Memancing di Jambatan Kuala Besut

. Monday, January 18, 2010
1 comments


PARA KAKI PANCING boleh mencuba untuk memancing di Jambatan Kuala Besut khabarnya habuan memancing di jambatan ini juga berbaloi. Jadi rugilah kaki-kaki pancing kalau tak memancing di jambatan Kuala Besut.

Bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi Jambatan Kuala Besut, ia sebenarnya terletak di dalam daerah Besut, sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu. Kaki pancing juga boleh melihatnya di wikimapia.org di sini.

Bagi kaki-kaki pancing yang telah pergi ke sana pasti mereka membawa balik satu pengalaman yang amat menarik dan bermakna bagi mereka yang bergelar kaki pancing. Ikan di sini di katakan besar-besar juga, jadi kepada kaki pancing yang belum pernah menjadikan Jambatan Kuala Besut sebagai 'port' memancing jadi jangan tunggu lama-lama lagi, Jambatan Kuala Besut sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.

Menurut maklumat yang KakiPancing4u terima, lazimnya kaki pancing akan datang membawa 'alat-alat perang' mereka selepas waktu isyak setiap hari, dan bilangan kaki pancing akan bertambah pada setiap cuti umum atau cuti minggu.

Pengalaman memancing di Jambatan Kuala Besut merupakan satu pengalaman yang menarik dan wajarlah kaki pancing dari seluruh negara merasai nikmat memancing di sini. Jadi mungkin Jambatan Kuala Besut akan menjadi 'port baru' untuk para kaki pancing jadi apa tunggu lagi.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Sunday, November 15, 2009

Ikan Cencaru (Ikan Jaket Besi)

. Sunday, November 15, 2009
0 comments


Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Populasi Ikan Cencaru berganda dalam tempoh antara 1.4 hingga 4.4 tahun.

Fakta Mengenai Ikan Cencaru:
Pengelasan Saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Invertebrat
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga:
Carangidae
Genus: Megalaspis
Spesies:
M. cordyla
Nama Binomial: Megalaspis cordyla




Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, October 14, 2009

Bagaimana Nak Dapatkan Jadual Air Pasang Surut 7 Hari?

. Wednesday, October 14, 2009
0 comments

Ingin Dapatkan Jadual Pasang Surut 7 Hari?

Kaki pancing pasti mahu dapatkan jadual air Pasang Surut Tujuh Hari bagi mempermudahkan perancangan mereka untuk menjalankan hobi kegemaran mereka iaitu memancing. Oleh kerana memancing ada kena mengena dengan air, makanya memang penting bagi seseorang kaki pancing mendapatkan jadual air pasang surut 7 hari ni.

Saya meramalkan tak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan jadual air pasang surut 7 hari ni, mungkin yang menjadi pembaca setia Joran Keluaran Berita Harian akan mengetahui jadual air pasang surut yang dimuatkan dalam sisipan akhbar Berita Harian itu. Namun, berita baik buat kaki pancing kerana maklumat itu boleh di dapati di dalam talian melalui laman web Jabatan Meteorlogi Malaysia.

Ramalan Jadual Air Pasang Surut 7 Hari itu boleh di akses di laman web Jabatan Meteorlogi Malaysia yang tapak web itu beralamat http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weatherinlandswaters&Itemid=566. Kini lebih mudah dan ia amatlah bersesuaian dengan zaman yang serba canggih kini, bak kata orang "Tiada Halangan, Hanyalah Peluang".


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Tuesday, September 15, 2009

Lubuk Ikan Di Malaysia

. Tuesday, September 15, 2009
0 comments

Lubuk Ikan Di Malaysia

LUBUK ikan dikatakan lokasi terbaik untuk kaki pancing mendapatkan habuan lumayan untuk hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi iaitu memancing. Lazimnya Lubuk Ikan banyak terdapat ikan, di mana misi seorang kaki pancing adalah ikan, jadi adalah lebih baik memilih lokasi yang dikatakan Lubuk Ikan untuk memancing.

Malaysia mempunyai beberapa tempat yang boleh dikatakan sebagai lubuk ikan dan memanglah sesuai untuk kaki pancing mendapatkan info tentang lubuk-lubuk ikan yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah:

TERENGGANU - Pulau Kapas, Perhentian, Pulau Bidung
KELANTAN - Teluk Bali
PAHANG - Nenasi & Merchong
PULAU PINANG - Tukun Karang Taiwan, Jepun & Kendi
KEDAH - Tukun Perak & Gugusan Pulau Sekitar Langkawi
PERAK - Pulau Sembilang, Pangkor dan Jarak
SELANGOR - Pulau Angsa, Ketam, Indah dan Sungai Besar
JOHOR - Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pisang

Dakwaan Tentang Lubuk Ikan

Bermacam-macam dakwaan yang timbul berkenaan dengan Lubuk Ikan, ada yang mengatakan Lubuk Ikan di Sungai-Sungai Lazimnya ada Buaya, Ada juga yang mengatakan Lubuk Ikan berpenunggu, namun setakat ini dakwaan ini belum dapat dipastikan kesahihanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Monday, July 13, 2009

Pulau Perhentian Destinasi Pilihan Kaki Pancing..

. Monday, July 13, 2009
5 comments

Pulau Perhetian Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Perhentian letaknya di dalam daerah Besut salah sebuah daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan 'penyu' dan juga Menteri Besar yang serupa dengan 'penyu'.

Aneka jenis ikan dapat didapati di sini dan boleh dikatakan pulau ini menjadi destinasi impian bagi setiap kaki pancing yang ingin memancing di sini. Suasana dasar laut yang masih belum tercemar dicampur pula dengan tahap kebersihan persekitaran Pulau Perhentian yang amat memuaskan.

Bagi Kaki Pancing yang minat memancing di Pulau, mungkin Pulau Perhentian sesuai bagi mereka untuk melaksanakan hobi yang mereka anuti itu. Terdapat banyak ikan di sini pendek kata tak sia-sia memancing di Pulau Perhentian.

Kaki Pancing tidak perlu bimbang mengenai penginapan sekiranya mereka memilih untuk memancing di sini kerana Pulau Perhentian terdapat banyak chalet dan juga resort berdasarkan kemampuan kaki pancing tersebut.

Untuk gambar dan video klik baca sepenuhnya......

Ramai Kaki Pancing yang telah mendapat habuan dengan memancing di Pulau Perhentian anda bila lagi? Selain memancing kaki pancing juga boleh bercuti dengan keluarga di Pulau Ini memang menyeronokkan.

KakiPancing4u: Memancing di Pulau Perhentian satu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka yang bergelar kaki pancing, pengalaman memancing di Pulau Perhentian memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ikan Pulau Perhentian


Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Saturday, July 4, 2009

Pulau Rhu Destinasi Kaki Pancing....

. Saturday, July 4, 2009
0 comments

Pulau Rhu Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA

Pulau Rhu Hentian menjadi pilihan Kaki Pancing yang gemar memancing di pinggiran pulau. Lokasinya terletak di perairan Besut, Terengganu dan pulau yang terdekat dengan daratan dan turut menjadi persinggahan nelayan untuk menghilangkan penat.

Menariknya pulau ini mampu dilihat dengan jelas dari Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu yang kelihatan seperti seekor ikan paus.

Nama Pulau Rhu agak terasing dari segi kedatangan pelancong tidak tahulah kenapa, ini bermakna pulau ini amat sesuai untuk kaki pancing yang gemar memancing di Pulau-Pulau kerana jelasnya ikan-ikan di sini jarang diganggu oleh kehadiran pelancong tidak seperti di Pulau Perhentian.

Persekitaran Pulau ini agak menarik dan memberi kepuasan yang sewajarnya kepada Kaki Pancing untuk memancing sambil menikmati keindahan alam. Khabarnya 'lubuk ikan' memang banyak di sini jadi jika Kaki Pancing ingin mencuba nasib mereka bolehlah mencuba nasib di Pulau Rhu Hentian ini.

Lokasi Pulau ini yang agak terpencil menjadikan ia bebas dari sebarang kebisingan kota. Namun, pulau ini tidak terlepas daripada cerita-cerita misteri yang di dakwa berlaku di Pulau Ini, selain itu cerita mistik pulau ini turut menjadi buah mulut orang di sini. Namun, ia langsung tidak menakutkan Kaki Pancing yang gemar mencari rezeki mereka di Pulau ini.

Malah pulau ini turut menjadi tempat persinggahan bagi nelayan-nelayan laut bagi menghilangkan penat mereka menongkah arus gelora lautan di situ selain daripada menjamu selera dengan berbekalkan makanan mereka sendiri. Pulau ini juga pernah dijadikan tempat latihan Program Biro Tata Negara (BTN) Tahap Lanjutan oleh Biro Tata Negara.

Pulau Rhu

Pulau Rhu Hentian

Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !

. Wednesday, July 1, 2009
0 comments


Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !

Sahabat saya masa menuntut di UNITAR Kota Bharu yang juga merupakan seorang blogger telah membuat kenyataan yang beliau mempunyai hobi baru yakni memancing di dalam blog beliau.


Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing saya ucapkan kepada beliau dan saya berharap memancing terus menjadi hobi beliau jangan putus sekerat jalan. Terfikir juga saya kenapa tiba-tiba je sahabat saya ini minat memancing, tapi takpe itukan hak beliau tiada siapa yang boleh nafikanya.


Peralatan Memancing Kojoe2Kill

Dulu saya rasa tak pernah pulak dia kata dia minat memancing, ye mungkin saya tak tahu, ya lah kalau saya tak tanya takkanlah dia nak cakap kan. Tak Kisahlah janji Kojoe2Kill sekarang telah bergelar kaki pancing, kat mana Kojoe2Kill ni memancing dan 'lubuk' mana yang menjadi pilihan kojoe2kill saya pun tak tahu, kalau nak tahu tanyalah dia.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Sunday, June 28, 2009

Tasik Kenyir Syurga Kaki Pancing....

. Sunday, June 28, 2009
0 comments



Tasik Kenyir sebuah Tasik Buatan Manusia yang terbesar umpama 'syurga' bagi kaki-kaki pancing untuk memancing. Bagi sesiapa yang mempunyai hobi 'memancing' ini bolehlah pergi 'berpesta' di Tasik Kenyir.

Pesta Memancinglah jangan fikir 'pesta' lain dan janganlah fikir hendak buat benda lain selain memancing. Jangan cemarkan tempat memancing anda dengan maksiat. Eh...bukan ceramah ni cuma nasihat, jangan marah tau.

Tasik Kenyir bukan sahaja mempunyai pemandangan yang menarik malah mempunyai banyak ikan di dalamnya ataupun dalam kata lain Tasik Kenyir merupakan 'lubuk ikan' dan sesuailah untuk para kaki pancing yang pergi ke mana-mana pun fikir tentang joran pancing....

Tasik Kenyir letaknya di Kemaman Terengganu dan ia mempunyai satu empangan Hidro Elektrik Kenyir yang menjadi punca kepada bekalan elektrik hampir ke seluruh negara. Keindahan Tasik Kenyir memang tiada tandingan dan ia menjadi kegilaan kebanyakkan kaki pancing sebut kata Kenyir pasti ingat 'memancing'.




Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

.
0 comments

Tapah Gergasi (Gigantic Silver Cat Fish)

Ikan ini merupakan satu spesies ikan air tawar dari Famili Siluridae yang boleh didapati di bahagian selatan Asia dari Malaysia ke Pakistan ke Vietnam dan Indonesia. Ia juga dilaporkan wujud di Afghanistan.

Mengikut Sejarah, sebuah bandar di Perak, Malaysia dinamakan sempena nama ikan ini iaitu Bandar Tapah. Lazimya ikan Tapah mudah dijumpai di Sungai dan Tasik yang besar. Dasar sungai itu biasanya berlumpur dan airnya mengalir dengan perlahan.

Ikan ini amat lembab dan mempunyai kepakaran menyembunyikan diri yang tinggi. Biasanya ikan ini akan menyembunyikan dirinya di dalam lubang-lubang yang terdapat pada tebing sungai atau terusan ataupun mengekalkan diri di bawah dasar sungai untuk mencari makanan.

Ikan Tapah merupakan seekor ikan yang kuat makan dan merupakan ikan pemangsa. Seekor Ikan Tapah Dewasa biasanya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanan selain krustasia dan moluska.

Ikan ini membiak pada musim panas sebelum musim hujan, oleh yang demikian banyaklah ikan jenis ini sewaktu musim panas. Badan ikan ini amat panjang dan padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter ataupun 8 kaki. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan mampu mengigit manusia.

Video Menarik Pemancing Dapat Ikan Tapah Gergasi
.
Reblog this post [with Zemanta]

Read More »»