(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama) Mengekalkan Kesegaran Ikan Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam. Daun Sireh/Tembakau Rokok Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir. Telur Rebus & Pulut Kuning Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’. Kunyit & Tepung Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing. Tersesat Didalam Hutan Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui. Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah. Menjaga Umpan Perumpun Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun. Mencari Perumpun Pasir /Laut Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar. Kasut Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka. Daun Ketapang Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan. Langkah Batang Pancing Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset. Mulut Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising. Kaki Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya. Meludah Umpan Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang. Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
ManggaAD
Blog Archive
-
▼
2009
(16)
-
▼
July
(8)
- Petua Tentang Pancing dan Ikan...
- Panduan Memilih Kekili dan Joran
- Pulau Perhentian Destinasi Pilihan Kaki Pancing..
- Memancing Di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
- Pulau Rhu Destinasi Kaki Pancing....
- ..::::Memancing Di Jambatan Tok Bali
- Tip Memancing Ikan Kerapu
- Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !
-
▼
July
(8)
Wednesday, July 22, 2009
Petua Tentang Pancing dan Ikan...
Labels: Ada, Advocacy and Comparisons, Articles, Bindings and Libraries, Compilers, FAQs Help and Tutorials, Languages, Programming, tips ikan, tips memancingThursday, July 16, 2009
Panduan Memilih Kekili dan Joran
Labels: joran, kekili, tips memancing, tips memilih joran, tips memilih kekiliMembelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi ‘perkhidmatan’ terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.
Bahan Alat memancing – Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan ‘casting’, joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.
Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.
Bentuk cincin joran – Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :
- Cincin joran berkaki tiga
- Cincin joran berkaki empat
- Cincin Joran berkaki tunggal
Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.
Pemegang joran – pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span. Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.
Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila ditanggalkan.
Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin advance dan menarik, alas bebola (ball bearing) telah ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 – 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shafnya akan bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.
sumber: pancing-ikan.blogspot.com
Read More »»Monday, July 13, 2009
Pulau Perhentian Destinasi Pilihan Kaki Pancing..
Labels: Anwar Ibrahim, Asia. tempat me, Kelantan, Malaysia, Menteri Besar, Perak, States and Federal Territories, tempat memancing, TerengganuPulau Perhetian Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA
Aneka jenis ikan dapat didapati di sini dan boleh dikatakan pulau ini menjadi destinasi impian bagi setiap kaki pancing yang ingin memancing di sini. Suasana dasar laut yang masih belum tercemar dicampur pula dengan tahap kebersihan persekitaran Pulau Perhentian yang amat memuaskan.
Bagi Kaki Pancing yang minat memancing di Pulau, mungkin Pulau Perhentian sesuai bagi mereka untuk melaksanakan hobi yang mereka anuti itu. Terdapat banyak ikan di sini pendek kata tak sia-sia memancing di Pulau Perhentian.
Kaki Pancing tidak perlu bimbang mengenai penginapan sekiranya mereka memilih untuk memancing di sini kerana Pulau Perhentian terdapat banyak chalet dan juga resort berdasarkan kemampuan kaki pancing tersebut.
Untuk gambar dan video klik baca sepenuhnya......
Ramai Kaki Pancing yang telah mendapat habuan dengan memancing di Pulau Perhentian anda bila lagi? Selain memancing kaki pancing juga boleh bercuti dengan keluarga di Pulau Ini memang menyeronokkan.
KakiPancing4u: Memancing di Pulau Perhentian satu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka yang bergelar kaki pancing, pengalaman memancing di Pulau Perhentian memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Wednesday, July 8, 2009
Memancing Di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Labels: Internal, Kung Fu, Martial Arts, Schools and Instruction, Sports, Tai Chi, tempat memancing, Terengganu, YangMemancing di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Oleh: yieMEGA
Biasanya Kaki Pancing yang memancing di Bukit Keluang akan memancing di Bahagian Belakang Bukit Keluang yang juga dikenali dengan nama "Pantai Dato' " oleh masyarakat setempat. Di pantai inilah dikatakan menjadi lubuk kepada Ikan Kerapu.
Seperti kebanyakkan lubuk ikan, Pantai ini juga tidak terlepas daripada dakwaan berlakunya perkara-perkara misteri dan menakutkan serta penuh mistik yang berlaku di kawasan ini yang juga dikaitkan dengan tempat bersemadinya 'harta lanun' jutaan tahun yang lalu.
Pantai ini juga turut dijadikan tempat pembuangan 'saka' ataupun hantu-hantu yang menganggu beberapa rumah dan kawasan perniagaan beberapa penduduk tempatan. Seorang penghidap penyakit misteri juga pernah dikaitkan dengan pantai ini kerana katanya beliau membawa balik 'barang panas' ke rumahnya.
Namun, sebagai Kaki Pancing mereka tetap memberinakan diri untuk memancing di Pantai ini walaupun pada waktu malam yang gelab-gelita, seperti kata pepatah "Alah Bisa Tegal Biasa". Memikirkan hasilnya lumayan dan membuatkan hati terasa puas cerita-cerita mistik tersebut tidak mampu menakutkan Kaki Pancing yang menjadikan pantai itu sebagai rumah kedua mereka.
Memang tidak dinafikan, pantai ini banyak memberi rezeki yang bernilai buat Kaki Pancing, jadi bagi mereka yang belum pernah mendaratkan ikan di Pantai ini, datanglah insyaALLAh kedatangan anda tidak akan sia-sia dengan izin Allah.
Lokasi pantai ini yang jauh dari kebisingan bandar memberikan suasana yang amat sesuai bagi kaki pancing yang tidak meminati suasana bising terutamanya bunyi kenderaan yang lalu lalang di sekitar tempat mereka memancing.
Read More »»
Saturday, July 4, 2009
Pulau Rhu Destinasi Kaki Pancing....
Labels: Asia, Indonesia, Kelantan, Malaysia, Pulau Rhu Hentian, Rhu Argyll and Bute, States and Federal Territories, Tata, TerengganuPulau Rhu Destinasi Pilihan Kaki Pancing
Oleh: yieMEGA
Menariknya pulau ini mampu dilihat dengan jelas dari Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu yang kelihatan seperti seekor ikan paus.
Nama Pulau Rhu agak terasing dari segi kedatangan pelancong tidak tahulah kenapa, ini bermakna pulau ini amat sesuai untuk kaki pancing yang gemar memancing di Pulau-Pulau kerana jelasnya ikan-ikan di sini jarang diganggu oleh kehadiran pelancong tidak seperti di Pulau Perhentian.
Persekitaran Pulau ini agak menarik dan memberi kepuasan yang sewajarnya kepada Kaki Pancing untuk memancing sambil menikmati keindahan alam. Khabarnya 'lubuk ikan' memang banyak di sini jadi jika Kaki Pancing ingin mencuba nasib mereka bolehlah mencuba nasib di Pulau Rhu Hentian ini.
Lokasi Pulau ini yang agak terpencil menjadikan ia bebas dari sebarang kebisingan kota. Namun, pulau ini tidak terlepas daripada cerita-cerita misteri yang di dakwa berlaku di Pulau Ini, selain itu cerita mistik pulau ini turut menjadi buah mulut orang di sini. Namun, ia langsung tidak menakutkan Kaki Pancing yang gemar mencari rezeki mereka di Pulau ini.
Malah pulau ini turut menjadi tempat persinggahan bagi nelayan-nelayan laut bagi menghilangkan penat mereka menongkah arus gelora lautan di situ selain daripada menjamu selera dengan berbekalkan makanan mereka sendiri. Pulau ini juga pernah dijadikan tempat latihan Program Biro Tata Negara (BTN) Tahap Lanjutan oleh Biro Tata Negara.
Read More »»
Friday, July 3, 2009
..::::Memancing Di Jambatan Tok Bali
Labels: Asia, Bali, Indonesia, Kelantan, Provinces, Recreation, tempat memancing, tok bali, Travel and Tourism, TraveloguesJambatan Tok Bali semakin meriah apabila tibanya cuti hari minggu (Hari Jumaat bukan Ahad tau). Jika kebetulan anda lalu di jambatan ini pada awal pagi pasti anda akan melihat "Kelibat" Kaki Pancing yang begitu ramai di Jambatan Ini. Telatah Kaki Pancing di sini beraneka ragam, kebetulan hari jumaat yang lalu saya melalui jambatan ini dan dapatlah melihat ada kaki pancing yang sanggup tidur di laluan pejalan kaki jambatan tersebut sambil menunggu joranya mengena mangsa.
Mungkin anda tidak tahu mengenai Jambatan Tok Bali ini sebenarnya ia adalah tempat larangan memancing, tetapi mungkin kerana 'ramai' Kaki Pancing yang mendapat 'habuan besar' di sini menyebabkan mereka tidak mempedulikan Papan Tanda yang bermaksud "Dilarang Memancing". Mungkin bagi mereka kepuasan sebagai seorang Kaki Pancing adalah lebih dari segala-galanya sehinggakan mereka sanggup 'menggadai nyawa' dengan memancing dari atas jambatan unik ini.
Untuk rekod sudah banyak kemalangan yang dicatatkan berlaku di sini, tetapi syukur Alhamdulillah kesemuanya tidak melibatkan Kaki Pancing yang setia dengan 'hobinya' iaitu memancing yang menuntut 'penganut' hobi ini banyak bersabar.
Ramai juga Kaki Pancing yang berjaya 'mendaratkan' 'habuan mewah' di jambatan Ini, tidak mustahillah apabila hari minggu dan juga cuti panjang sekolah, ramailah Kaki Pancing berpusu-pusu mengunjungi 'jambatan rezeki' ini.
Melihat telatah para Kaki Pancing di Jambatan Tok Bali ini, membuatkan saya pun turut rasa berminat untuk memancing di sini, namun kerana tak ada 'teman' sanggup berumah di tepi jambatan ini saya terpaksa melupakan kehendak naluri saya itu. Saya hanya memilih untuk memancing di Pantai Datuk, kerana di sini ramai 'teman' saya yang akrab dan boleh membantu sekiranya saya mengalami masalah.
Wednesday, July 1, 2009
Tip Memancing Ikan Kerapu
Labels: ikan kerapu, memancing ikan kerapu, tips memancingTips Memancing Ikan Kerapu
Oleh: yiemega
Sebelum saya memberikan tips untuk memancing ikan ini adalah lebih baik para kaki pancing mengenali dulu ikan ini. Ikan ini biasanya mudah di dapati di kawasan laut yang berstruktur. Ikan ini sangat bijak kerana biasanya ia akan mendiami 'lubuk' yang jarang disinggahi nelayan ataupun kaki pancing.
Sekiranya kaki pancing berjaya mendaratkan ikan ini bermakna 'lubuk kerapu' tersebut masih dara kerana sudah lama tidak dikunjungi oleh nelayan atau kaki pancing ataupun lubuk tersebut masih baru dan belum dijumpai oleh siapa-siapapun. Pantai Datuk (Belakang Bukit Keluang) sebelum ini dikatakan ada 'lubuk kerapu'.
Ikan ini juga gemar berada di kawasan batu karang di kawasa batu-batuan dan juga kawasan kapal karam. Ikan ini merupakan 'ikan pemangsa' yang pemalas yang juga berat perut. Ikan ini biasanya gemar menyambar mangsanya dan cepat-cepat di bawa masuk ke dalam lubang atau struktur yang menjadi kediaman ikan tersebut.
Ikan Kerapu biasanya aktif memburu mangsanya pada waktu malam. Walaubagaimanapun ada juga ikan kerapu yang keluar pada waktu siang hari khusunya pada awal pagi dan lewat petang. Waktu ini dikatakan sesuai untuk menjeratnya.
Kaki Pancing tidak perlu bimbang ikan ini tidak begitu cerewet berhubung dengan makananya. Dia akan menyambar apa sahaja umpan yang digemarinya. Ikan ini telah dicipta dengan sifat menyerang mangsanya dengan rakus, kasar dan mengejut. Ia mempunyai tenaga luar biasa untuk menyerang dan membunuh dengan begitu cepat. Walaubagaimanapun, kemampuanya menentang joran tidak lah begitu lama sebelum ikan ini akan lemah terkulai dan tewas.
Kaki Pancing yang ingin menewaskan dan 'mendaratkan' kerapu perlulah menggunakan peralatan yang sesuai. Peralatan mestilah terdiri daripada jenis yang kuat dan kasar. Kejayaan kaki pancing menewaskan kerapu daripada meluru masuk ke dalam kawasan berstruktur pada awal 'perperangan' adalah menjadi titik penentuan kejayaan muktamad bagi kaki pancing.
Joran dan Kekili Kaki Pancing hendaklah berkekuatan berat dan dijamin dapat bertahan dari asakan awal yang kasar oleh sang kerapu tersebut. Selain itu, Kaki Pancing juga mesti memastikan tali utama, mata kail dan perambut juga perlu terdiri dari jenis yang tahan kuat dan kasar.
Umpan:
Pemilihan umpan juga perlu dititik beratkan oleh Kaki Pancing bagi mendaratkan Ikan Kerapu. Biasanya ikan ini lebih gemar dengan umpan yang bersaiz besar. Ikan Tongkol juga merupakan salah satu umpan yang sesuai untuk mendaratkan kerapu. Selain itu, kurita juga boleh dijadikan umpan untuk mendaratkan kerapu. Lagi besar umpan lagi baik untuk Kaki Pancing mendaratkan Kerapu.
Cara Menghadapi Cabaran Kerapu:
Cara menghadapi cabaran Kerapu adalah satu syarat terpenting bagi mengelakkanya masuk ke sarang dan membuatkan Kaki Pancing mengigit jarit. Teknik yang paling asas ialah Kaki Pancing jangan memberi sebarang peluang kepada sang Kerapu untuk menarik keluar tali dan kekili dan memaling kepalanya ke bawah. Sebaiknya Kaki Pancing perlu mengekangnya sepantas dan sekuat yang mungkin dan memaksanya supaya bertahan dengan agak lama sambil mencuba untuk menariknya ke permukaan air. Cara ini mungkin memenatkan tetapi ia berbaloi kerana Kerapu hanya melawan sekejap sahaja akhirnya ia akan tertewas jua jika Kaki Pancing bersabar dan tidak patah semangat.
Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !
Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing Kojoe2kill !
Selamat Datang Ke Dunia Kaki Pancing saya ucapkan kepada beliau dan saya berharap memancing terus menjadi hobi beliau jangan putus sekerat jalan. Terfikir juga saya kenapa tiba-tiba je sahabat saya ini minat memancing, tapi takpe itukan hak beliau tiada siapa yang boleh nafikanya.
Peralatan Memancing Kojoe2Kill
Blog Ini Sudah Dilawati:
Labels
- Ada (1)
- Advocacy and Comparisons (1)
- Anwar Ibrahim (1)
- Articles (1)
- Asia (10)
- Asia. tempat me (1)
- Bait fish (1)
- Bali (1)
- Barisan Nasional (1)
- Besut (1)
- Bindings and Libraries (1)
- Business and Economy (2)
- Compilers (1)
- Computers and Internet (1)
- Ebek (1)
- FAQs Help and Tutorials (1)
- Fish (1)
- fishing equipment (1)
- fishing techniques (1)
- Geneva (1)
- Government (2)
- gp joran 2010 (1)
- Guides and Directories (1)
- Ibu Kerisi (1)
- ikan cencaru (1)
- ikan kelah (1)
- ikan kerapu (1)
- Ikan Laut (1)
- India (1)
- Indonesia (6)
- Internal (1)
- Jabatan Meteorologi Malaysia (1)
- Jadual Air Pasang Surut (1)
- jambatan kuala besut (1)
- Jigging (1)
- Johor (1)
- joran (1)
- kaki pancing (2)
- kekili (1)
- kelah tasik kenyir (1)
- Kelantan (3)
- Kota Bharu (1)
- Kuala Besut (1)
- Kuala Lumpur (1)
- Kung Fu (1)
- Languages (2)
- lubuk ikan (1)
- Malaysia (10)
- Martial Arts (1)
- memancing (1)
- memancing ikan kerapu (2)
- Menteri Besar (1)
- On the Web (1)
- Outdoors (1)
- Pahang (1)
- Pakistan (1)
- pancing ikan kelah (1)
- Pari Daun (1)
- Perak (3)
- peralatan memancing (1)
- perkara yang membuatkan kaki pancing bengang (1)
- port memancing (1)
- Prime minister (1)
- Programming (2)
- Provinces (1)
- Pulau Rhu Hentian (1)
- Recreation (2)
- Recreation and Sports (1)
- Rhu Argyll and Bute (1)
- River (1)
- Schools and Instruction (1)
- sonar (1)
- Species (1)
- Sports (1)
- States and Federal Territories (4)
- Switzerland (1)
- Tai Chi (1)
- Tasik Kenyir (2)
- Tata (1)
- teknik memancing (1)
- tempat memancing (3)
- Terengganu (6)
- tips ikan (2)
- tips memancing (4)
- tips memilih joran (1)
- tips memilih kekili (1)
- tok bali (1)
- Travel and Tourism (3)
- Travelogues (1)
- Vietnam (1)
- Water (1)
- Weblogs (1)
- Yang (1)